Sunday, September 25, 2011

kisah seorang pemburu..

Pada suatu hari seorang pemburu masuk kedalam hutan utk berburu,sedang die mncari-cari haiwan buruan,pemburu itu terserempak dgn seekor harimau,ape lg lintang-pukang la pemburu itu melarikan diri, sedang die brlari pmburu itu trnmpk sebuah perigi,dan juga trdapat tali yg mghala ke dasar perigi itu,lalu pemburu itu pown menuruni tali itu utk menyelamatkan diri tanpa disedari bahawa dlm perigi itu ade beberapa ekor buaya.Sekarang pemburu itu dlm dilema,jika die terjun tentu die akan dimakan buaya,jika dia naik semula keatas sudh tntu dia akan dibaham oleh harimau,dan jika die terus berkedudukan begitu tntu kan jatuh kebawah krn harimau sedah menggigit tali itu sbnrnye begitulah lumrah hidup kite seharian,pemburu itu ibarat diri kita,buaya pula ibarat maut yg sentiasa mengejar kite,manakala harimau adalah ujian yg sering melanda kite dan tali pula ialah masa yg kite ada didunia ini,jika pnjg tali itu maka lamalah kite akan hidup didunia ini,jika pendek maka sekejaplah jangka hayat kite

Tuesday, May 24, 2011

PESANAN BUATMU SAHABAT

PESANAN BUATMU SAHABAT

Wahai sahabatku…

Sedarlah didunia ini…

Yang membezakan kita semua…

Bukanlah pangkat,darjat atau wang ringgit

Hanya iman dan taqwa yang membezakan kita

Disisi yang maha Esa…

Wahai sahabatku…

Tiada gunanya kita diselimuti dengan kekayaan…

Jika kita lupa pada pencipta kita…

Kerna diakhirat kelak…

Bukan wang ringgit yang kan dihisab…

Tapi amalan kita didunia yang kan dihitung…

Wahai sahabatku…

Dunia ini sungguh indah…

Bisa menggoda siapapun jua…

Pangkat,darjat dan wanita..

Melemahkan iman…

Tanpa iman dalam diri kita kan dikuasai..

Wahai sahabatku…

Ingatlah pada tuhan kita yng satu…

Kerana daripada-Nya lah kita datang…

Dan kepada-Nyalah kita kembali kelak…

Sematkanlah pesanku ini didadamu

Wahai sahabatku…

Pena sutera 07

SUARA HATI

SUARA HATI

BERMULANYA SEBUAH KISAH…

TENTANG PERSAHABATAN…

YANG TERJALIN…

ANTARA DUA INSAN…

MULANYA TIDAK PERNAH LUPA…

MENGIRIM KHABAR BERITA…

IBARAT SEPASANG KEKASIH …

SEDANG DILAMUN GELORA ASMARA Ooo..

CHORUS

MAAFKANLAH AKU…

DI ATAS SEMUA YANG BERLAKU…

AKAN KU SIMPAN KENANGAN KITA…

SEPANJANG HAYATKU…

SEMOGA KAU BEBBAHAGIA SELALU…

NAMUN KINI SEMUANYA BERUBAH…

HANYA KERNA KATA-KATAMU…

DAN CARAMU…

MEMBUATKU TERLUKA…

ULANG KORUS

KINI HADIRNYA DIA DISISIKU…

MERAWAT LUKAKU

MEMBUATKU TENANG…

ANDAINYA TAKDIRKU BERSAMANYA…

AKANKU TERIMA SEADANYA DIA..

MAAFKANKU SEKALI LAGI…

WAHAI TEMANKU…

Ooo…..

PENULIS LIRIK : ZACK ZAIMON

Warkah Buat Seorang Gadis

Warkah Buat Seorang Gadis

Oh Gadis…

Hadirmu kini mengisi ruang hatiku…

Yang sekian lama kekosongan…

Ibarat musafir yang haus di padang pasir..

Oh Gadis…

Hadirmu kini merawat luka dihatiku…

Mengisi hari-hariku…

Dengan senda-tawamu…

Oh Gadis…

Izinkan aku meluahkan isi hatiku ini…

Yang amat menyayangi dirimu…

Dengan setulus hatiku…

Kaulah gadisku…

Oh Gadis..

Ku berjanji kan setia besamamu…

Sehinggaku menutup mata..

Andainya diriku ini tidak kau terima..

Akan kudoakan kebahagiaanmu…

Untuk selama-lamanya…

Oh Gadis…

Terimalah warkahku ini…

Yang menagih cintamu…

Kerna kau terlalu istimewa…

Buat diriku ini…

Pena sutera…07

Saturday, April 23, 2011

aku & kehidupan..

assalammualaikum..
kali ni ak nk cerita sedikit berkenaan soalan cliche yg selalu diajukan padaku spt bile nk kahwin?? hisap rokok x?? biasenye utk solan pertama tu aku akn jawab lame lagi kot atau pown belum ade jodoh sbb jodoh pertemuan tu kan ditangan tuhan.Memandangkan aku ni ank bongsu dan adik-beradikku yg lain telah brkhwin maka soalan itu mmg selalu diajukan.soalan kedua tu biasenye ak bg jwpn basic jew,jwpnnye dh tntu x,merokok tu kan membahayakan kesihatan. Lagi pown mak & ayahku x prnh mndidik ak mnghisap rokok dan mmg telah terbukti merokok itu membahayakan kesihatan. Bagiku orang yg merokok ini umpama 'bercinta' dgn rokok krn kemane2 saje pergi mesti rokok ada bersama, malah jika diperhatikan rokok itu sudah umpama isteri @ kekasih hati,bg mereka2 yg brkwn atau berkasih dgn perokok sedarilah anda insan kedua yg bertakhta dihatinya kerana rokok la yg pertama dihatinya,klu sehari x berjumpa anda die msih boleh bertahan tp klu sehari x brjumpa dgn rokok pasti dirinya mnjadi resah dan gelisah. Masih terngiang ditelingaku seorg penceramah mengatakan merokok itu fasik dan tidak afdhal utk menjadi imam,jd bagaimana kita hendk mnjdi imam kpd isteri & ank2 andai diri kite tergolong dlm golongan yg fasik?? Biarlah org nk kate aku ni skema ke mcm budak2 kew sbb x merokok tp ak tetap dgn prinsip krnaku x mau bakal ank2ku juga terjebak dgn rokok,dan aku mau kan ank2ku dtg dri benih yg sihat.. katakan tak nak pd rokok..
p/s: maaf kpd yg terasa hati, sekadar pandangan dan teguran dari insan yg lemah..

aku lelaki..

Terciptanya aku dimuka bumi ini,
sebagai hamba kpd Pencipta-Nya,
Hari demi hari menyerah diri pada-Nya
semata-mata utk mencari keredhaan-Nya.

Terciptanya aku juga sebagai Daie,
Mempertahankan agama-Nya yg diwarisi sejak zaman nabi-nabi lagi,
Takkan Islam hilang didunia
Selagi umatnya masih bersatu.

Aku juga diciptakan sebagai pemimpin,
Bukan setakat memimpin tetapi juga pelindung dan pencinta
Untuk kaum hawa.
Kerana aku seorang lelaki..

Monday, March 21, 2011

Sebuah Kembara..

Assalammualaikum..
bersua kembali setelah lama x menulis,kali nie penulis nk share story pasal pengalaman penulis mengerjakan umrah yg lalu, penulis dan rombongan telah berangkat pergi pd 4 Mac 2011 lalu dgn menaiki pesawat Oman Air,ketika menaiki pesawat perasaan teruja bercampur risau bermain dlm yela ni la kali prtama penulis naik flight,Alhamdulillah semuanya ok, FA kt flight tu pown baik2 belaka,setelah berada diudara dlm 6jam lbih akhirnya pesawat selamat mndarat di oman, semasa berada di airport Oman selama 4jam lebih menanti pesawat seterusnya ke Jeddah penulis sempat menunaikan solat jamak maghrib dan isyak dan sempat gak la mnghilangkan keletihan dgn secawan kopi hee.Penulis dan rombongan selamat sampai ke Jeddah pada jam 4.00 pg wktu tmpatan,lbih kurg sejam gakla kami menunggu utk mengambil beg2 pakaian kami.Perjalanan diteruskan lg menuju ke Kota Madinah Al-Munawwarah yg mengambil masa 8jam atau lebih,kami sempat singgah di surau utk menunaikan solat subuh.kami juga sempat sggah di sebuah gerai utk menikmati sarapan pg spt nasi arab,dan roti arab yg msing2 berharga 10 dan 6 riyal saudi.

Di Madinah
Penulis dan rombongan selamat tiba ke hotel penginapan di Madinah lebih kurang jam 11 pg. pd permulaannya penulis hanya mengalami sedikit masalah utk menyesuaikan diri dgn suhu sejuk disana lebih2 lg pd waktu subuh,soal mknn tdak mnjadi masalah krn makanan disediakan oleh katering dri Indonesia yg mane lauk2nya mirip dgn masakan melayu spt nsi lemak,ikan goreng tepong,dll.Yg menariknya kat sini suasana disekitar pekannya yg dipenuhi dgn peniaga2 kecil lbih2 lg dihadapan pagar masjid Nabawi,kdgkala terasa mcm kt cental market atau petaling street plk hee. Pertama kali penulis menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi perasaan kagum tu membuak-buak dlm hati,dgn saiznya yg besar,keunikan senibinanya dll. Alhamdulillah hari pertama penulis masuk ke masjid Nabawi nie penulis dpt menunaikn solat sunat di dalam kawasan Raudhah atau disebut taman syurga dan penulis juga dpt menziarahi makam junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, rase x prcya pula berada dihadapan makam insan teragung di dunia ini walaupun x dpt menatap wajahnya tp dpt menziarahi makamnye pown dh beri kepuasan,penulis juga menziarahi makam Saidina Abu Bakar As-Siddiq & Saidina Umar al-Khattab.Di sini juga terdapat perbezaan dari segi bersolat spt waktu solat subuh tiada bacaan Doa Qunud,slps solat tiada bacaan doa oleh imam dan selalunya slps solat fardhu akan dikerjakan solat jenazah. Semasa di Madinah juga penulis sempat melawat beberapa tempat menarik dan bersejarah spt bukit uhud tempat berlakunya Peperangan Uhud dan disini juga trletaknya makam Saidina Usman khalifah Islam yg ke-3,selain itu penulis juga berkesempatan melawat ke Masjid Quba'.masjid pertama yg dibina oleh rasulullah dan para sahabat, semasa disitu penulis sempat menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat duha.Penulis juga dibawa melawat ke kilang percetakan Al-Quran, sempat gak la melihat keadaan kilang tu dan melihat beberapa jilid Al-Quran yg dicetak dan dipamerkan disitu. Menariknya sewaktu keluar dari kilang itu setiap pengunjung diberi percuma senaskah Al-Quran yg didalamnye tertera perkataan 'not for sale' . Akhir skali yg pling best penulis dibawa ke ladang kurma,selain terdapat jualan kurma2 segar disini juga dijual kekacang,coklat kurma,kismis dll.Uniknya pd pokok kurma ialah sekali pndg seolah-olah pokok kelapa sawit tp bezanya pokok kurma kecil sedikit. Suasana disini x ubah spt pekan2 di Malaysia dgn kanan dan kiri dipenuhi kedai2 jualan, sempat gak la penulis membeli sedikit buah tangan kat sini. Akhirnya setelah 3 hari berada disini penulis dan rombongan bergerak ke kota Mekah untuk menunaikan umrah,kami telah berhenti di miqat Bir Ali utk menunaikan solat sunat ihram dan niat berihram..

DI Mekah..
*perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa 7-8 jam dan selama itu juga la kami menjaga pantang larang semasa berihram.Alhamdulillah sekitar jam 11.30 mlm kami selamat tiba di hotel penginapan di Kota Mekah.Setelah selesai urusan 'check-in' di hotel, kami bergerak menuju ke MasjidilHaram utk menunaikan umrah.Sewaktu kali pertama melihat Kaabah didepan mata penulis tidak henti2 mengucapkan syukur kpd tuhan didalam hati krn mnjadi salah seorang drpd berjuta umat Islam didunia yg dijemput oleh-Nya utk beribadat disini,sblum memulakan tawaf kami telah mengerjakan solat sunat Tahiyatul masjid dan Sujud Syukur,utk umrah yg pertama ini kami telah diketuai oleh seorang mutawif yg merupakan pelajar di sebuah universiti disini.Alhamdulillah sekitar jam 3.30 pagi kami telah dapat menyempurnakan ibadah umrah (tawaf, Sai'e dan bertahalul)yg pertama. Pengalaman yg pling best tentulah semasa sai'e krn serba sedikit dpt merasai keadaan Siti hajar semasa berulang-alik dari safa ke marwah demi mncri setitis air utk anakanda tercinta Ismail A.S cume bezanya mgkin dulu kawasan itu panas terik dan berpasir dan kini kawasan itu berbumbung dan berjubin.Akhirnya drpd kisah itu terhasil la telaga air zam-zam hasil hentakan kaki Ismail A.S ketika itu yg mana air zam-zam itu dpt dinikmati shingga ke hari ini. Suasana disini sama shj spt di Madinah cume bezanya disini lalu lintas agak sibuk sedikit jadi bunyi hon saling bersahut-sahutan dh jd mcm satu kewajipan pula hee..Yang menariknya disini juga terdapat byk kedai2 jualan murah spt kedai 2 riyal,7 riyal,10 riyal,terdapat juga gerai2 mkn disekitar kwsn penginapan penulis,sempat gak la rse 'roti canai' arab dan nasi arab hee. Disana juga trdpt restoren2 fast food spt KFC, Pizza hut,Domino pizza,Chicken Brost.Penulis sempat menikmati hidangan chicken brost yg berharga 12 riyal 1 set dimana dlm set itu trdapat 4 ketul ayam goreng,fun fries,mayonis,sos dan roti arab yg agak besar, 1 hidangan cukupla utk 5 org mkn. Selain itu disini juga terdapat byk2 kdi2 gunting rambut mklum sajalah disini slps slsai umrah utk bertahalul ade juge jemaah yg membotakkan kepala utk mendapatkan pahala sunat.Satu pemandangan yg menarik spanjang penulis berada Di Madinah dan Mekah ialah setiap kali msuk waktu solat pastinya org ramai berpusu-pusu ke masjid,dan peniaga2 menutup gerai utk sama2 berjemaah malah peniaga2 ditepi jln membiarkan shj brg jualanya ditepi jln,yg peliknya x de sape plak yg mengusik,bygkan jika ini terjadi di Mlysia ape yg trjadi kpd barangan jualan tu?? dan yg bestnye jemaah saling bantu membantu tanpa mengira bgsa contohnya mmbantu mereka yg menolak kerusi roda semasa menaiki kwsn yg tggi sdikit,disinilah jugak semua kita adalah sama tanpa mengira pangkat,harta,status apabila menunaikan umrah semuanya memakai ihram putih tiada yg memakai ihram emas,perak dll juga tiada keistimewaan samada anda bos ,ceo dll.
Kesimpulannye kpd semua kwn2 terutamanya pemuda2 & pemudi2 pergilah umrah atau haji semasa anda muda krn disana nnti byk mggunakan tenaga dan stamina juga prlu tggi begitu juga dgn kesabaran,ubahlah mentaliti anda jgnlah menyimpan duit hanya utk brkhwin tp sematkan dlm hati utk pergi 'mengabdikan diri pd Allah',sentiasa igat 5 perkara sblum dtgnya 5, InsyaAllah tanpa disangka2 kita akan dijemput-Nya nanti. Penulis juga memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd tuhan krn spnjg berada di Tanah Suci dipermudahkan amal Ibadah dan tidak mengalami kejadian2 pelik spt yg pernh didengari atau dibaca di media2 yg pling pnting sblum prgi bykkn bertaubat dan ikhlaskan hati pergi semata-mata utk beribadah. Sekian..