Sunday, March 30, 2014

Cuti oh cuti

https://www.facebook.com/muhammad.z.namaku

Tibanya dirimu amatlah dinanti-nantikan,
walau cuma seminggu tetaplah dinanti,
Suatu masa dahulu pabila tibanya dirimu,
pasti diisi dengan pelbagai aktiviti menarik,
seperti memancing,main kejar2, main nyorok2,
main galah panjang dan macam-macam lagi,
Tapi sayang semua itu mnjadi kenangan
permainan seperti itu jarang dimainkan
apatah lagi di zaman moden seperti kini,
Generasi sekarang lebih banyak menghabiskan masa dikala ketibaanmu
dengan facebook,wechat, whatsapp,angry bird, PSP, Pou dan macam2 lagi,
yang lama semakin dipinggirkan,yang baru semakin melalaikan,
 walau ape pon jua hadirmu 'cuti sekolah' pasti dinantikan..
#throwback kenangan zaman kanak2 penulis..
 - AkU & KeNaNgAn.. (",)

Monday, October 22, 2012

tentang cinta

Jeff: Oi zack ak dgr mcm2 cite psl azura..
Zack: biarlaa mulut org x leh nk tutup nk buat camne kan..
Jeff: yela,tp yg ak dgr sume yg x elok jew,die suke ngumpat org la,suke pki seksi2..
Zack: erm.. xpe la nnti bile ak dh kahwin dgn die sbg suami mmg tggungjwb ak untuk mendidik
          dia,prempuan tu kan diciptakan dri tulang rusuk lelaki yg sifatnya bengkok jd sebagai pemilik
          tulang rusuknya ak la yg brtggungjawab utk meluruskannya tanpa mematahkan dan
          mncederakannya..
Jeff: Bagusnya kai nie bro,ak salute dgn kau..

Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan..

Dalam sedar x sedar sebenarnya banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam bulan Ramadhan ini,seperti Diturunkan kitab Al-Quran kepada Rasulullah S.A.W,berlakunya peperangan Badar dan lain-lain lagi. Jadi sempena dengan kehadiran Ramadhan kali ini dan juga sempena 10 Ramadhan hari ini mari kita selami dan hayati peristiwa disebalik 10 Ramadhan. 10 Ramadhan 619 masihi adalah tarikh kewafatan seorang tokoh wanita terulung dalam sejarah Islam,Beliau merupakan wanita pertama yang memeluk Islam, dan Beliau juga merupakan isteri kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W,mari kita hayati serba sedikit kisah insan yg diberi nama  Saidatina Khadijah..

RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH
Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih 15 tahun sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang pedagang. Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah berketurunan Bani Hasyim. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 2)

Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak yang terpuji, bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana beliau sangat loba terhadap akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 4) dan ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina Khadijah yang mewarisi kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina Khadijah dikurniakan kecerdasan yang luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab bisnes keluarganya dan segera mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa saudaranya bertindak sebagai penasihat beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, dalam membuat keputusan, beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya sendiri. ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah diperisteri oleh Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya hanya berlangsung beberapa saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di kalangan Quraisy ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau ingin meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan dagangannya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5)

Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil Nabi Muhammad S. A. W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan dagangannya dari Makkah ke Syam. Di samping itu juga, beliau mengutus pembantunya yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S. A. W. , Saidatina Khadijah mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S. A. W. Dan dari situlah terjalinnya perkahwinan Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad S. A. W. dimana umur Saidatina Khadijah ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad S. A. W. ialah 25 tahun. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 6-10)

Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri, suci perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad S. A. W. telah memberi gelaran penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga. Saidatina Khadijah juga wanita yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya, bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus perasaannya, sentiasa adil dan mulia akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5-6)

Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang. Beliau penuh dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk berjuang. Saidatina Khadijah selalu mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah S. W. T. Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah. Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam keimanannya dan hal itu selalu menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi orang-orang di sekelilingnya. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 64-67)

Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al-Qasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S. A. W. wafat ketika Nabi Muhammad S. A. W. masih hidup kecuali Siti Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad S. A. W. (Muhammad Al-Ghazaliy, 1996: mukasurat 135)

Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta berikan sesuatu, bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orang-orang Muslim. Selain itu, beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak pernah berasa cemburu. Beliau selalu bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang, tidak pernah marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain. Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 76-80)

Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S. A. W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619 Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S. A. W. dijadikan sebagai kain kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah.
(Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311)

SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM


Saidatina Khadijah sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah banyak menolong masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka.
(Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W. ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya di dalam Gua Hira’ itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311-314)


Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 18-19)

Sunday, September 25, 2011

kisah seorang pemburu..

Pada suatu hari seorang pemburu masuk kedalam hutan utk berburu,sedang die mncari-cari haiwan buruan,pemburu itu terserempak dgn seekor harimau,ape lg lintang-pukang la pemburu itu melarikan diri, sedang die brlari pmburu itu trnmpk sebuah perigi,dan juga trdapat tali yg mghala ke dasar perigi itu,lalu pemburu itu pown menuruni tali itu utk menyelamatkan diri tanpa disedari bahawa dlm perigi itu ade beberapa ekor buaya.Sekarang pemburu itu dlm dilema,jika die terjun tentu die akan dimakan buaya,jika dia naik semula keatas sudh tntu dia akan dibaham oleh harimau,dan jika die terus berkedudukan begitu tntu kan jatuh kebawah krn harimau sedah menggigit tali itu sbnrnye begitulah lumrah hidup kite seharian,pemburu itu ibarat diri kita,buaya pula ibarat maut yg sentiasa mengejar kite,manakala harimau adalah ujian yg sering melanda kite dan tali pula ialah masa yg kite ada didunia ini,jika pnjg tali itu maka lamalah kite akan hidup didunia ini,jika pendek maka sekejaplah jangka hayat kite

Tuesday, May 24, 2011

PESANAN BUATMU SAHABAT

PESANAN BUATMU SAHABAT

Wahai sahabatku…

Sedarlah didunia ini…

Yang membezakan kita semua…

Bukanlah pangkat,darjat atau wang ringgit

Hanya iman dan taqwa yang membezakan kita

Disisi yang maha Esa…

Wahai sahabatku…

Tiada gunanya kita diselimuti dengan kekayaan…

Jika kita lupa pada pencipta kita…

Kerna diakhirat kelak…

Bukan wang ringgit yang kan dihisab…

Tapi amalan kita didunia yang kan dihitung…

Wahai sahabatku…

Dunia ini sungguh indah…

Bisa menggoda siapapun jua…

Pangkat,darjat dan wanita..

Melemahkan iman…

Tanpa iman dalam diri kita kan dikuasai..

Wahai sahabatku…

Ingatlah pada tuhan kita yng satu…

Kerana daripada-Nya lah kita datang…

Dan kepada-Nyalah kita kembali kelak…

Sematkanlah pesanku ini didadamu

Wahai sahabatku…

Pena sutera 07

SUARA HATI

SUARA HATI

BERMULANYA SEBUAH KISAH…

TENTANG PERSAHABATAN…

YANG TERJALIN…

ANTARA DUA INSAN…

MULANYA TIDAK PERNAH LUPA…

MENGIRIM KHABAR BERITA…

IBARAT SEPASANG KEKASIH …

SEDANG DILAMUN GELORA ASMARA Ooo..

CHORUS

MAAFKANLAH AKU…

DI ATAS SEMUA YANG BERLAKU…

AKAN KU SIMPAN KENANGAN KITA…

SEPANJANG HAYATKU…

SEMOGA KAU BEBBAHAGIA SELALU…

NAMUN KINI SEMUANYA BERUBAH…

HANYA KERNA KATA-KATAMU…

DAN CARAMU…

MEMBUATKU TERLUKA…

ULANG KORUS

KINI HADIRNYA DIA DISISIKU…

MERAWAT LUKAKU

MEMBUATKU TENANG…

ANDAINYA TAKDIRKU BERSAMANYA…

AKANKU TERIMA SEADANYA DIA..

MAAFKANKU SEKALI LAGI…

WAHAI TEMANKU…

Ooo…..

PENULIS LIRIK : ZACK ZAIMON

Warkah Buat Seorang Gadis

Warkah Buat Seorang Gadis

Oh Gadis…

Hadirmu kini mengisi ruang hatiku…

Yang sekian lama kekosongan…

Ibarat musafir yang haus di padang pasir..

Oh Gadis…

Hadirmu kini merawat luka dihatiku…

Mengisi hari-hariku…

Dengan senda-tawamu…

Oh Gadis…

Izinkan aku meluahkan isi hatiku ini…

Yang amat menyayangi dirimu…

Dengan setulus hatiku…

Kaulah gadisku…

Oh Gadis..

Ku berjanji kan setia besamamu…

Sehinggaku menutup mata..

Andainya diriku ini tidak kau terima..

Akan kudoakan kebahagiaanmu…

Untuk selama-lamanya…

Oh Gadis…

Terimalah warkahku ini…

Yang menagih cintamu…

Kerna kau terlalu istimewa…

Buat diriku ini…

Pena sutera…07